Seorang bekas pemandu bas kilang dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya lima tahun lalu.<br />Keputusam dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Shahnaz Sulaiman terhadap tertuduh, M. Siva Sangker, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
